AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq, seakan-akan memberi bayangan bakal berlaku sesuatu yang istimewa antara dirinya dan penyanyi Bella Astillah sempena menyambut tahun baharu 2026.
Tampil bersama di atas pentas ketika Bella membuat persembahan, Syed Saddiq memberitahu perkara itu menjadi azamnya untuk tahun ini.
"Semua orang ada azam sendiri, saya juga ada. Itu untuk pengetahuan keluarga saya dan Bella. Insha-Allah masanya akan tiba," katanya.

Syed Saddiq semakin terbuka bercakap soal hubungan dengan Bella.





