PENYAMPAI radio dan pelakon, Azad Jazmin menyifatkan kecaman yang diterima anaknya, Ammara Sofea Rose, 13, sebagai satu perkara yang akhirnya membawa hikmah apabila bakat anaknya itu mendapat perhatian sehingga ke Indonesia.
Azad atau Azad Jazmin John Louis Jefri, 50, berkata walaupun pahit untuk dilalui seorang kanak-kanak seusia Ammara, dia bersyukur kontroversi tersebut secara tidak langsung membuka peluang lebih besar buat anaknya dalam bidang seni.
“Okaylah kalau dia kena kecam sampai dapat tawaran persembahan di Indonesia. Lagu Ammara pun secara tidak langsung sampai ke sana (Indonesia) kerana netizen sendiri yang buat perbandingan.

Azad (kanan) dan isteri, Eira Syazira sentiasa memberi sokongan terhadap minat anak-anak.





