PRIHATIN nasib menimpa rakyat Palestin, penyanyi Datuk Awie bersama kumpulan Wings akan mengadakan satu acara solidariti pada 13 November ini.
Kata Awie atau Ahmad Azhar Othman, 54, penganjuran tersebut dirancang sebagai tanda sokongan terhadap masyarakat Islam di negara berkenaan.
Menurutnya lagi, acara itu perlu diadakan secara berasingan tanpa menunggu konsert Wings yang dijadualkan berlangsung pada 16 Disember.