Hiburan

Awie tolak gelaran ‘Raja Rock Negara’, katanya Amy Search lebih layak

LEBIH empat dekad berkecimpung dalam dunia seni, penyanyi Datuk Awie memilih untuk merendah diri apabila diberi gelaran ‘Raja Rock Negara’.

Bagi Awie atau Ahmad Azhar Othman, 58, gelaran tersebut lebih layak diberikan kepada penyanyi Datuk Amy Search yang sudah dikenali sebagai ikon utama muzik rock tanah air.

Menurutnya, sumbangan besar vokalis kumpulan Search itu dalam memperkenalkan muzik rock di Malaysia wajar diberikan pengiktirafan tertinggi.

Awie tidak memandang segala gelaran sepanjang bergelar anak seni.

Awie tidak memandang segala gelaran sepanjang bergelar anak seni.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh