SEDAR kerjaya seninya sedikit perlahan, penyanyi Awi Rafael tidak pernah menyesal mengambil keputusan pulang ke Singapura bagi menjaga arwah ibunya yang sebelum ini berdepan masalah kesihatan.
Kata Awi atau Muhammad Nabawi Erwan Gunawan Rafael, 40, tempoh tersebut menjadi satu pengalaman yang cukup bermakna, di samping dia sendiri berpeluang meneruskan impiannya untuk membuka sekolah muzik di negara asalnya.
“Sebelum itu Allah dah beri saya 12 tahun nikmat merasa naik turun dalam dunia seni. Saya amat bersyukur dan bertuah kerana lima tahun dapat menjaga ibu sebelum dia meninggal dunia pada Ogos tahun lalu.

Selain menyanyi Awi juga terlibat dalam perniagaan menguruskan sekolah muzik.






