PENGACARA Awal Ashaari meluahkan rasa kesal apabila banyak peluang kerja ditolak kerana sikap sendiri yang menganggap segala perkara boleh dilakukan di masa hadapan.
Menurut Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari, 45, pada usia muda, dia banyak mensia-siakan masa dan selalu merasakan waktu masih panjang untuk mencapai segala yang diinginkan.
“Kalau saya fikir kembali 10 tahun lepas, saya akan cakap pada diri sendiri supaya jangan buang masa.

Awal akui mempunyai sifat suka tangguh dalam membuat keputusan sewaktu muda.






