PELAKON Atiq Azman menegur sikap seorang rakan artis yang didakwa menunjukkan sikap kurang menyenangkan ketika berada di lokasi penggambaran drama.
Bagaimanapun, Atiq atau Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Syah, 26, enggan mendedahkan identiti individu berkenaan.
Kata Atiq, sikap berlagak seperti seorang bintang besar tidak akan membawa seseorang jauh dalam industri seni.

Atiq enggan mendedahkan identiti pelakon yang dimaksudkan.






