DALAM keterujaan menyambut Hari Raya Aidilfitri, pelakon Atiq Azman turut mengingatkan tetamu agar tidak mencium anak sulungnya yang baru dilahirkan pada Februari lalu.
Bimbang dengan sebarang jangkitan penyakit, Atiq atau Raja Muhammad Atiiqullah Shah Raja Azman Shah, 26, juga berharap orang ramai faham akan situasi tersebut.
“Selepas dua bulan barulah boleh bawa anak untuk mendapatkan suntikan vaksin, jadi buat masa sekarang saya harap tidak ada yang memegang terlalu lama atau mencium anak saya jika berjumpa.

Atiq dan isteri tunggu masa sesuai untuk kongsi wajah anak di media sosial.





