PELAKON Atikah Suhaime tampil memberikan respons jujur berhubung kritikan netizen terhadap logik penceritaan sebuah drama terbaharu televisyen tempatan.
Sedar akan kelemahan jalan cerita sesetengah naskhah, Atikah, 35, mendedahkan kadangkala pelakon tidak mempunyai pilihan selain terpaksa menuruti arahan pengarah dan skrip yang sudah ditetapkan.
Jelasnya, tugas sebagai anak seni perlu diteruskan walaupun menyedari babak yang dilakonkan itu tidak masuk akal demi kelangsungan hidup.

Hantaran Atikah di Threads miliknya.





