SUSULAN kejadian anaknya terjatuh dari buaian, pelakon Datin Atikah Suhaime dikatakan tidak berhenti menangis dan menyalahkan diri sendiri.
Menurut suaminya, Datuk Lokman Teh, dia sendiri sudah cuba memujuk Atikah dan menganggap insiden yang berlaku adalah secara tidak sengaja.
“Saya dah cuba tenangkan Atikah dan maklumkan yang dia tak gagal sebagai seorang ibu. Saya juga katakan ini bukan salah dia tetapi dia tidak berhenti-henti menangis,” katanya membalas komen pengikut di Threads.

Suami kongsi keadaan Atikah selepas kejadian anak jatuh buai.






