GARA-GARA menonton sebuah video di platform TikTok, pelakon Datin Atikah Suhaime mengakui berasa takut untuk meletakkan puteri sulungnya di dalam kerusi keselamatan bayi (car seat) semasa pulang ke Singapura baru-baru ini.
Atikah berkata, sebagai ibu yang baru kali pertama menimang cahaya mata, dia sentiasa berusaha mencari maklumat mengenai keselamatan anaknya namun tidak menyangka berita yang dilihat di media sosial itu mempengaruhi dirinya ketika itu.
“Saya rasa semua orang yang kali pertama menjadi ibu ada perasaan yang sama. Kita pula bukan tengok sumber yang betul. Saya tengok TikTok dan terus percaya,” katanya kepada mStar.

Atikah terpengaruh dengan maklumat tidak benar.






