PELAKON Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa kecewa kerana kerap menjadi mangsa ‘face shaming’ daripada rakan rapat disebabkan penampilannya semasa hamil.
Cerita Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, rakannya itu datang melawatnya di rumah dan terkejut dengan penampilannya yang agak berisi kerana sedang sarat mengandung.
Lebih sedih lagi apabila rakannya itu turut membandingkan Atikah dengan wanita hamil lain sekali gus membuatnya terasa hati.

Atikah kecewa dengan kelakuan kawan baik.






