PENYANYI dan komposer Asfan Shah percaya isu kewangan sering menjadi punca perbalahan dalam sesebuah kumpulan muzik.
Menyedari perkara itu, Asfan, 42, berkata dia bersama kumpulannya iaitu Asfan Shah & Manusia, sudah melakukan perbincangan terperinci mengenai pembahagian keuntungan sebelum bersetuju untuk bergerak sebagai sebuah band.
“Dalam apa jua perkara, kalau ada masalah kewangan memang habislah semua benda.

Asfan sentiasa berbincang dengan anggota kumpulannya.





