PENYANYI Mimi Fly berpendapat golongan artis tidak sepatutnya dibebankan dengan tanggapan bahawa mereka perlu sentiasa lantang bersuara atau mengkritik pelbagai isu di media sosial.
Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 40 berkata, kewujudan seseorang anak seni dalam industri adalah untuk menunjukkan bakat mereka dan bukan untuk dijadikan contoh kepada masyarakat.
“Bagi Mimi, artis ini adalah sesuatu untuk dirasai. Kita tidak perlu faham artis sebab mereka bukannya untuk jadi contoh sahaja, dia boleh jadi apa sahaja yang dia mahu.







