PERSATUAN Pencipta, Pelaku dan Penerbit Muzik Malaysia (3P) menyokong tindakan penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah menarik diri menyertai Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang bakal berlangsung pada 3 Mac ini.
Presidennya, Aris Ariwatan berkata, pihak penganjur tidak sepatutnya mengambil kesempatan ke atas artis apatah lagi mereka mengaut keuntungan daripada acara tersebut.
Kata Aris atau Harris Fadzillah Daud, 60, tindakan Jamal itu juga sebagai mewakili suara artis baharu yang mungkin takut untuk bersuara meluahkan perasaan sebenar mereka.
Aris setuju dengan kenyataan Jamal mengenai penarikan diri sebagai salah seorang di AJL38.