PENGARAH filem Baga: Esok Untuk Siapa, Ariff Zulkarnain terpaksa menunggu selama dua tahun sebelum karya sulungnya itu mendapat kelulusan Lembaga Penapis Filem (LPF) untuk ditayangkan di pawagam pada 5 November nanti.
Ariff berkata, pada peringkat awal, sebanyak 16 babak diarahkan untuk dipotong kerana didakwa memaparkan adegan penyalahgunaan dadah secara keterlaluan.
Bagaimanapun, tidak mahu berputus asa, pihak produksi mengambil inisiatif menyusun semula jalan cerita dan mengolah babak yang dipersoalkan tanpa menjejaskan mesej asal filem berkenaan.

Penantian berakhir… Filem sulung Ariff iaitu Baga: Esok Untuk Siapa akan ditayangkan 5 November depan.






