ANGGOTA kumpulan Alpha, Ariel Fesol tidak pernah menyangka perjalanan seninya berubah secara drastik selepas dinobatkan juara Big Stage Alpha pada Jun lalu.
Ariel atau nama sebenarnya Muhammad Fhazrill Fesol, 27, berkata kemenangan itu membuka pintu baharu untuknya kembali menempatkan diri dalam industri hiburan selepas melalui pelbagai fasa turun naik.
“Saya dapat rasakan perubahan antara kerjaya seni dahulu dan sekarang. Syukur saya semakin diterima peminat.

Ariel turut meluaskan karier sebagai pelakon.





