PENAMPILAN anggota kumpulan Alpha iaitu Ariel Fesol menerima kritikan netizen apabila dikatakan tidak terurus ketika menghadiri sesi latihan Konsert Countdown KITA 2026 di IOI City Mall Putrajaya pada Selasa.
Menerusi video yang tular di platform Threads itu, Ariel atau Muhamad Fhazrill Fesol, 27, dilihat berada di atas pentas dengan berpakaian baju tanpa lengan sambil menyanyikan lagu Bujang yang dipopularkan Hael Husaini.
Bagaimanapun penampilannya itu dikatakan tidak sesuai apabila menampakkan bahagian ketiaknya yang dipenuhi bulu.

Ariel semasa melakukan latihan persembahan.






