GARA-GARA terlalu memberikan komitmen terhadap pementasan teater pertama berjudul Tarik Picu, pelakon Arfie Shah mengalami susut berat badan akibat jadual latihan yang padat.
Menurut Arfie atau Ad Wafri Shaharuddin, 33, tempoh latihan yang singkat membuatkan dia perlu memberi tumpuan sepenuhnya sehingga tidak mempunyai masa untuk melakukan aktiviti lain.
"Teater ini memang stres. Bangun tidur pun fikir apa yang perlu dibuat, nak tidur pun masih fikir tentang teater.

Arfie mahu berikan yang terbaik pada teater pertamanya.






