PELAKON Ardell Aryana mempelajari pengalaman baharu dalam menguruskan kaki ibunya, Sawiyah Abdullah yang dipotong akibat komplikasi diabetes kronik.
Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, berkata, proses itu menjadi satu pengalaman bermakna yang mengajarnya tentang ketabahan dan kasih sayang seorang anak terhadap ibu.
“Rezeki hari ini dapat diajar belajar dan turut bersama dalam menguruskan untuk cuci bersih serta kafankan bahagian kaki ibu saya.

Perkongsian Ardell di Threads miliknya.





