SELEPAS didakwa hadir ke mahkamah syariah baru-baru, suami kepada penyanyi Lia Aziz iaitu Arash Azimi tampil menjawab mengenai spekulasi rumah tangga mereka.
Enggan terus berselindung, Arash atau Arash Azimi Anuar, 28, mengakui mereka sudah memfailkan perceraian dan urusan itu sedang berlangsung di mahkamah.
Anggota kumpulan TreeHill ini bagaimanapun lebih selesa mengambil pendekatan untuk tidak terlalu berkongsi mengenai urusan tersebut.
Arash mengaku masih sayangkan Lia.

Arash dan Lia sah berkahwin pada Julai 2022. 



