Hiburan

Aprena Manrose tak terkejut raya seorang, pernah lalui situasi sama tahun lalu

PELAKON Aprena Manrose mengakui sudah bersedia menyambut Aidilfitri seorang diri selepas melalui situasi sama tahun lalu.

Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 33, berkata pengalaman beraya seorang diri sebelum ini seakan-akan menjadi latihan untuk menghadapi keadaan sebenar pada tahun ini.

Walaupun begitu, Aprena berkata dia reda dengan segala ketentuan Ilahi dan bersyukur kerana masih dapat menyambut hari raya bersama keluarga.

Aprena sudah biasa beraya seperti orang single.

"Bukan kali pertama pun sebab tahun lepas saya sudah raya seorang. Tahun lepas ibarat macam ‘latihan’ untuk tahun ini.

"Waktu itu kami sudah berpisah cuma belum sah. Namun saya sudah membiasakan diri. Tak sangka pula tahun ini memang betul-betul raya seorang," katanya kepada mStar.

Berkongsi mengenai perbezaan beraya sebagai wanita solo pada tahun ini, Aprena memberitahu sambutan raya kali ini lebih tertumpu kepada keluarganya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh