PELAKON Aprena Manrose berkongsikan penjagaan kebersihan diri dan pemakaian wangian merupakan dua perkara paling utama dalam kehidupannya sebagai seorang selebriti dan wanita.
Aprena atau Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 33, berkata ini kerana bau badan merupakan identiti seseorang individu dan dia sendiri mempunyai tabiat menyembur minyak wangi meskipun sebelum masuk tidur semata-mata mahu sentiasa berada dalam keadaan segar dan harum.
Jelas Aprena, dia berpandangan haruman mampu meningkatkan daya tarikan seseorang walaupun tanpa rupa paras yang menawan.

Aprena berkongsi perkara itu ketika ditemui mStar.






