PENYANYI Yuna tidak menyangka masih ada pihak yang tergamak meninggalkan komen berbaur jahat tentang penampilannya selepas 15 tahun berkecimpung dalam dunia seni.
Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai, 38, berkata, walaupun perkara dibangkitkan bukan isu baru namun dia tidak akan berdiam diri tentang apa diperkatakan tentang dirinya di media sosial.
Sebaliknya kata penyanyi lagu Crush ini, dia tetap akan tampil dengan pelbagai content di media sosial selain menasihatkan ‘haters’ agar berhenti mengikuti akaunnya.

Yuna menulis perkara itu menerusi hantaran di Instagram.






