SUSULAN insiden pelakon Mia hampir digigit anjing jenis Rottweiler, aktres Anzalna Nasir tampil memberikan respon berhubung kejadian menimpa adiknya itu.
Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 36, berkata meski pun anjing tersebut turut terlibat dalam pengambaran drama, namun isu keselamatan tidak boleh dipandang enteng oleh semua pihak.
“Kena lebih peka dalam isu ini walaupun katanya anjing itu berlakon juga tapi rottweiler kot, bukan anak anjing untuk ambil ringan,” katanya.

Anzalna berharap pihak produksi lebih peka terhadap keselamatan pelakon.





