BINTANG Talk To My Manager (TTMM), Hadie Elfardie bakal melebarkan sayap dalam bidang lakonan selepas dilamar oleh penerbit Jaja Ishak untuk membintangi sebuah filem pendek berjudul Antara Dua Darjat.
Hadie, 17, yang juga anak kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad berkata, sebelum menerima sesuatu tawaran dia akan berbincang dengan ibunya, Ina Naim selaku pengurus peribadi sebelum membuat sebarang keputusan.
"Saya dan ibu berbincang panjang sebelum saya ceburi bidang ini. Bila ditimbang-timbang, lebih banyak kebaikan yang boleh diperoleh, jadi saya cuba.

Hadie dan Qadejah digandingan bersama buat pertama kali.






