PELAKON Anna Jobling dinobatkan sebagai penerima trofi utama pada malam kemuncak Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 yang berlangsung di Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam, malam Ahad.
Anna atau Anna Ellisa Gustin, 26, meluahkan rasa syukur atas pengiktirafan itu dan merakamkan penghargaan kepada peminat yang sentiasa menyokong.
"Alhamdulillah, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua peminat. Anugerah ini adalah untuk anda semua," katanya.

Aisha pemenang Selebriti Viral Terhangat.







