PELAKON Aniq Suhair tidak menyangka kolaborasi bersama aktor Dharma Harun dalam telefilem berjudul Ayah merupakan lakonan terakhir aktor itu.
Aniq atau Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 25, berkata, bekerja dengan Dharma merupakan satu kenangan yang tidak akan dilupakan.
Kata Aniq, meskipun Dharma merupakan nama besar dalam industri seni tempatan, aktor berpengalaman itu tidak pernah menunjukkan sifat sombong atau memandang rendah terhadap pelakon lain.






