PENYANYI Ani Mayuni meluahkan rasa bangga terhadap anaknya, Viviana yang berjaya membina karier sendiri pada usia yang muda.
Ani atau nama sebenarnya Aishah An-Nur Osman, 47, berkata dia sentiasa melihat kesungguhan dan pengorbanan anaknya dalam mencari rezeki sejak melanjutkan pengajian di peringkat diploma.
Menurut Ani, bekas peserta Talk To My Manager (TTMM) musim kedua itu tidak pernah merungut walaupun terpaksa menanggung sendiri perbelanjaan sepanjang tempoh pengajian.

Ani sebak lihat kegigihan Viviana mencari rezeki.






