PENYANYI Loca B meluahkan rasa syukur apabila anak lelakinya iaitu Yusuf Alezander akhirnya menerima Sijil Kelulusan Warganegara Malaysia pada Selasa.
Loca atau Nabilah Hani Azali, 32, menganggap hari tersebut adalah momen terbaik buat dia dan keluarga selepas lapan tahun memperjuangkan hak anaknya sebagai warganegara.
“Ia adalah hari yang baik. Alhamdulillah hari ini kami menghadiri majlis penyerahan Sijil Kelulusan Kewarganegaraan.

Loca akhirnya lega apabila Yusof sudah mendapat Sijil Kelulusan Warganegara Malaysia.






