KEHADIRAN Watie Hanifiah dalam keluarga Shuib memberi peluang kepada anak-anak pelawak itu untuk kembali merasai kasih sayang seorang ibu.
Menurut Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, anak-anak Shuib terlalu gembira dengan kehadirannya kerana mereka kini dapat merasai semula momen bersama ibu kandung mereka iaitu Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.
Malah, anak ketiga Shuib iaitu Matin mengakui suka tidur bersama ibu tirinya itu kerana merindui pelukan seorang ibu.

Watie mencurahkan kasih sayang buat anak-anak Shuib.






