ANAK kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Seth Uwais dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Seri Kembangan, Selangor akibat bronkitis atau jangkitan pada paru-paru sejak Khamis lalu.
Suami Shila iaitu Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, memberitahu Seth terpaksa dibawa ke hospital kerana keadaan kesihatan semakin merosot selepas pulang dari sekolah.
“Semalam (Khamis) sewaktu Seth ke sekolah keadaannya baik-baik sahaja tetapi lepas habis habis waktu persekolahan saya nampak kondisinya seperti tidak baik.

Ubai memaklumkan keadaan kesihatan terkini anak tirinya.





