ANAK kepada pelakon, Norish Karman iaitu Manda tampil menjelaskan salah faham orang ramai berhubung keadaan kesihatan ibunya yang kini sedang menerima rawatan di hospital.
Menurut Manda, dia menerima terlalu banyak mesej peribadi (DM) daripada orang ramai yang ingin mengetahui perkembangan terkini ibunya, namun tidak mampu membalas satu persatu kerana komitmen yang perlu dipikul ketika ini.
"Buat masa sekarang, saya tak mampu nak balas semua mesej. Saya sedang menguruskan bunda di hospital, dalam masa yang sama menjaga lima adik kecil di rumah.

Manda kongsi keadaan ibunya.






