PELAKON dan penyanyi Erra Fazira mendedahkan anak perempuannya, Engku Aleesya menyimpan impian untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang psikiatri pada masa hadapan.
Erra atau Fazira Wan Chek, 52, berkata Aleesya yang kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat A Level di sebuah kolej di Kuala Lumpur masih belum membuat keputusan muktamad sama ada akan menyambung pelajaran di luar atau dalam negara.
Katanya, sejak kecil anaknya itu memang seorang yang pendiam namun gemar memerhati karakter orang sekeliling, sekali gus membuatkan bidang psikiatri itu dilihat sesuai dengan keperibadian Aleesya.







