PENYANYI Azmi Saat berkongsi perkembangan anak tunggalnya iaitu Khalisa yang masih belum mampu menyebut sebarang perkataan meskipun kini berusia dua tahun empat bulan.
Sebagai seorang bapa, Azmi atau Khairul Azmi Muhammad Saat, 38, mengakui perkara tersebut membuat dirinya sedih kerana belum mendengar anaknya itu bercakap.
“Khalisa sekarang sudah 2 Tahun 4 Bulan. Alhamdulillah dia jarang sakit. Jarang sangat kami rasa susah menjaga dia. Jauh banyak yang seronok dari yang sedih.

Azmi dan isteri akan berusaha sehabis baik untuk membantu anaknya.






