PENYANYI Bella Astillah berkongsi momen manis bersama anak lelakinya, Ayden Adrean selepas dia mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 28 Mac lalu.
Kata Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, Ayden sangat teruja dengan berita pertunangannya kerana tidak sabar untuk meraikan Hari Bapa pada Jun depan.
Kongsinya, sebelum ini ketika melakukan aktiviti deko sempena Hari Bapa, Ayden keliru kerana tidak tahu kepada siapa kad ucapan yang dihasilkannya harus diberikan.

Bella (kanan) berkongsi cerita menerusi program audio siar Era FM.






