SELESA hidup tanpa seorang bapa, anak kepada Rita Rudaini melarang pelakon berkenaan kembali mendirikan rumah tangga.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh anak-anak Rita iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna menerusi siaran langsung TikTok.
“Tak payah! Mummy (panggilan Rita) tak payah kahwin lagi. Sebab Mummy sudah cukup untuk Rayyan dan Arjuna,” katanya.

Rayyan (kiri), Rita (tengah) dan Arjuna bahagia hidup bersama.






