PENYANYI dialek Kelantan iaitu Eda Ezrin hanya mampu melambaikan tangan di sebalik jaringan trak penjara ketika anak-anak menjerit memanggil namanya dan suami.
Eda Ezrin atau Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 30, dikatakan sempat melihat kelibat anak-anaknya itu ketika tiba di Mahkamah Narathiwat, Thailand bagi meneruskan sesi perbicaraan kes dadah melibatkan dirinya pada pagi Jumaat.
Anak-anak penyanyi yang terkenal dengan lagu Bey Soba Bey itu bagaimanapun dilihat ceria kerana dapat melihat ibu bapa mereka secara dekat.
Eda bersama suami dan empat lagi rakannya ketika ditahan pihak berkuasa Thailand.