PELAKON Ako Mustapha berkongsi perkembangan terkini anaknya, Mika yang sebelum ini didakwa menjadi mangsa buli di sekolah.
Ako atau Muhaizad Ahmad Mustapha, 55, berkata, Mika kini masih dalam pemantauan selepas mendapatkan rawatan daripada pakar psikiatri, yang mengesahkan anaknya mengalami trauma.
Dia dalam masa sama memberitahu melihat perubahan pada anaknya itu dipercayai kesan akibat kes buli yang sudah lama berlarutan.







