Hiburan

Amyra Rosli umum hamil anak ketiga

PELAKON Amyra Rosli memaklumkan dia kini sedang hamil anak ketiga.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi sebuah video bersempena sambutan hari lahir suaminya, pelakon Amar Baharin.

Dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, Amyra atau Nur Amira Izzati Rosli, 35, dilihat menggenggam kit ujian kehamilan sebelum menunjukkan keputusan tersebut kepada Amar.

Amyra (kanan) membuat kejutan pada hari lahir Amar (kiri).

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh