TERSENARAI sebagai salah seorang peserta kerusi panas Gegar Vaganza Fantasia (GVF), penyanyi Amylea Azizan mengakui ia peluang terbaik untuk membuktikan kemampuan diri di pentas dan bukan sekadar penerbit muzik di belakang tabir.
Bagi Amylea, 40, jika namanya terpilih sebagai salah seorang peserta, ia secara tidak langsung dapat menepis tanggapan segelintir pihak yang menganggap dirinya bukanlah seorang penyanyi.
“Ada yang memandang rendah dengan menganggap saya sebagai seorang singer-songwriter dan bukan penyanyi sebenar. Tapi mereka lupa ramai lagi rakan artis seperti saya.







