Hiburan

Ammar Haikal teruja pertaruhkan ‘Gila Bayang’

BAKAT baharu yang juga anak penyanyi Ameng iaitu Ammar Haikal kini sedia mewarnai industri muzik tanah air apabila melancarkan single pertamanya yang berjudul Gila Bayang.

Berkongsi mengenai pengisian naskhah pertamanya, Ammar atau Ammar Haikal Wan Aminuddin, 19, berkata lagu tersebut mengangkat kisah duka tentang cinta yang tidak kesampaian serta fasa sukar seseorang untuk melupakan bayangan kekasih lama.

Kata Ammar, lagu yang menggabungkan elemen pop moden itu akan membawa pendengar menyelami dilema seseorang yang menyimpan harapan tinggi untuk membina masa depan bersama insan tercinta. Namun akhirnya kecewa selepas menyedari dirinya bukan pilihan utama.

Ammar harap ramai dapat terima hasil karyanya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh