PELAKON Ammar Alfian merancang untuk bersara daripada industri seni pada tahun depan selepas lebih dua dekad bergelar anak seni.
Bukan disebabkan kecewa, namun Ammar atau Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 39, menjelaskan keputusan itu dibuat kerana sudah menjayakan pelbagai jenis watak sepanjang penglibatannya dalam dunia lakonan.
“Alhamdulillah sekarang ini saya gembira dengan apa yang saya peroleh (lakonan) serta pengalaman yang saya dapat.

Ammar memaklumkan perkara itu ketika ditemui media.






