BAGI memudahkan urusan harian, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri menghadiahkan kereta jenama Porsche 718 Cayman berwarna hitam buat anak sulung mereka iaitu Ammar Ahyan.
Menurut Datin Seri Nur Shahida, pemberian kereta mewah dianggarakan kira-kira RM350,000 itu juga dianggap sebagai satu hadiah selepas anaknya itu meningkat dewasa.
“Mama dan papa dah lama sebenarnya nak belikan kereta untuk Ammar Ahyan. Dia pun sudah besar dah ada lesen memandu. Senang dia nak pergi kolej.

Ammar teruja dengan kereta pertamanya.






