PELAKON Fattah Amin mendedahkan isterinya yang juga penyanyi, Amira Othman mempunyai bakat dalam bidang masakan.
Menerusi siaran langsung di TikTok, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkongsi pengalaman menikmati menu yang pernah dimasak Amira.
Katanya, walaupun hidangan itu kelihatan ringkas, namun air tangan isterinya luar biasa kerana dipenuhi pelbagai jenis makanan laut.
Pasangan itu baru sahaja melangsungkan akad nikah pada 14 September.





