PELAWAK Amir Raja Lawak dilaporkan masih menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Menerusi satu perkongsian dipercayai dimuat naik oleh adiknya di Instagram Amir sendiri, pelawak itu dikatakan kini dalam keadaan sedar namun masih berada di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.
“Masih dekat sini hari ke-11. Amir sedar, cuma tak boleh bercakap betul-betul. Nafas masih tercungap-cungap,” katanya.

Adik Amir berkongsi perkembangan abangnya.





