TERHARU sokongan diberikan, penyanyi Amir Masdi sanggup turun ke Sekolah Kebangsaaan Senawang (SK Senawang), Negeri Sembilan sebagai tanda penghargaan kepada kumpulan pelajar yang menyanyikan lagunya berjudul Nurcinta.
Amir atau Amir Syazwan Masdi, 28, berkata dia tertarik melihat usaha dilakukan pelajar sekolah berkenaan menyanyikan lagu cover Nur Cinta diiringi dengan instrumen muzik.
“Asalnya saya nampak ramai buat lagu cover di TikTok dan saya kumpulkan semuanya. Kemudian saya nampak ada satu cover dilakukan oleh budak sekolah dan menariknya mereka menyanyi dengan bermain instrumen.

Amir mahu memberikan semangat dan motivasi untuk pelajar.






