DEMI meneruskan kelangsungan hidup, penyanyi Amir Hasan terpaksa akur memperlahankan kerjaya seni selepas sekian lama tidak menerima sebarang tawaran membuat persembahan.
Mengakui sedikit kecewa, Amir, 30, bagaimanapun sedar dia tidak boleh terus meletakkan harapan tinggi ketika semakin ramai artis baharu mula meningkat naik.
“Boleh dikatakan kurang sambutan yang menyebabkan saya memperlahankan kerjaya seni. Saya nak fokus menjaga keluarga juga, termasuk menyediakan makan minum.

Amir sedar berdepan persaingan dalam dunia seni.






