PENYANYI Amir Hasan berdepan masalah kesihatan dan menerima rawatan di hospital kira-kira tiga bulan lalu apabila tahap bacaan oksigennya menurun.
Menurut Amir atau Amir Abu Hasan, 29, dia mengalami masalah gastrik teruk selain tidak boleh terlalu penat bekerja.
Katanya, dia tidak menolak penyakit yang dihadapi berpunca daripada ketagihan rokok hingga memberi kesan terhadap pernafasannya itu.

Amir akur tidak lagi aktif menyanyi seperti dulu.






