PENYANYI dangdut Amelina menegaskan dia sentiasa menjaga imej dan tidak pernah bergantung kepada aksi gelek atau penampilan seksi untuk memikat penonton.
Amelina atau Norazlina Amir Sharipuddin, 52, sejak awal pembabitannya dalam industri seni, dia lebih selesa menghiburkan peminat menerusi kekuatan vokal dan kualiti lagu berbanding persembahan yang berlebihan di atas pentas.
“Dari dulu saya memang tak ‘ligat’ (bergelek). Saya suka menghiburkan, kalau di atas pentas saya seperti seorang penghibur saja.

Amelina sentiasa menjaga imej dan tidak pernah bergantung kepada aksi gelek.





